Monday 26 March 2012

Gee Anti Lelaki??? Hah???

Assalamualaikum and greetings to all...

Hari ni Gee nak cerita something..isu yg sentiasa hot dlm hidup Gee and kawan2..hehe..tengok tajuk je pun da tahu topik ni memang hot..well..diskriminasi jantina di mana2 kan..so,girls kena la selalu careful..and tolong protect girl yg lain..jgn tolong rosakkan girl lain..kesian tau individu sejantina kita..hmmm..

Cuba tengok screen capture yg Gee buat ni...haaa..


okay,and another one...

*p/s- yg da di-paint dgn warna purple tu dikomen oleh kawan my sis..and yg warna hijau tu dikomen oleh my cousin,Dila..

Tu adalah antara post Gee kat FB yg telah buat ramai kawan2 confuse dgn Gee..tengok tu ade yg kata Gee anti lelaki..actually no! Gee bukan anti lelaki..tapi Gee kurang percaya kat lelaki..sebab perangai diorang la..kalau perangai okay,Gee takde masalah kawan dgn diorang..best friend Gee pun ramai je lelaki..ade yg cakap camni 'Kau kawan lelaki berlambak pun still anti kat lelaki ke?'..'Kawan lelaki kau kan tolong kau jugak..tak payah la nak anti sgt kat lelaki'..'Kau benci aku jugak ke? Kan kau da kenal perangai aku'..'Bapak awak tu pun lelaki,tak percaya jugak ke?'...Errr..enough is enough! Nope..bukan camtu..let me explain lelaki camne yg Gee tak suka ni..haaa..

Lelaki ni pelik tau..perangai die macam2..perempuan pun..lelaki akan cakap perempuan ni pelik..sepanjang Gee kenal dgn lelaki,seriously Gee lebih senang approach kawan2 lelaki berbanding perempuan..lelaki ni akal die 9,nafsu 1..beza dgn perempuan: akal 1,nafsu 9..so,bila Gee salah cakap,terkasar cakap,lelaki biasanya sgt2 jarang terasa..sebab die akan fikir apa yg Gee cakap tu gurauan..tp kalau cakap kat perempuan camni 'Eh,kau ni..simple sgt kot..takkan la benda ni pun kau tak reti',mesti ada yg terasa hati kan?? Except kalau girl tu memang kenal dgn sikap kita..or die jenis yg tak ambil kisah dgn percakapan org..haa

Tapi banyak juga perangai lelaki yg Gee tak suka..first, suka ambil kesempatan..Gee ada la banyak pengalaman berdepan dgn orang camni..tapi Gee nak story yg common jela..taknak aibkan orang..die pun kawan Gee jugak..(^_^)..contoh: boy tahu yg girlfriend die ni baik,alim..tapi boy ni tetap jugak paksa girl die free hair,buat benda2 tak senonoh..then,bila girl die ni perangai da liar camtu,die tinggal je..sebab die da dapat ape yg die nak..how come!!! Gee pernah pergi jalan2 dgn family..tapi masa tu dgn adik je,abah mak pergi tempat lain..ade sorang lelaki ni selamba je pegang tangan Gee masa Gee tengah leka tengok 1 barang nih..suke hati die je..siap boleh senyum tu..jelingan maut jela lelaki tu dapat..even just pegang tangan,tu dikira mengambil kesempatan jugak tau..

Lagi satu,ego tinggi..Gee bukan nak mengata..tapi realiti lelaki memang ego tau..cuba bayangkan situasi ni..boy ni main2 miss calls girl pada pukul 3 pagi..mestila reaksi girl tu marah kan..then girl tu SMS camni 'ko nape call aku pagi2 buta ni? Nak kejut sahur ke?'..then boy ni emo pulak..die balas 'yela,nak kacau pun da tak boleh sekarang ni kan..lepas ni aku da takkan SMS, call kau lagi da..SMS kau pun aku takkan balas'..errr..sepatutnya siapa yg patut marah?? Girl tu la kan?? Sebab boy ni kacau die tidur pagi2 buta camtu..tp girl ni minta maaf 'sorry la..ok..kau ade masalah ke?? Nak aku dengar ke? Aku bukan marah ape pun..ni kan da pagi..agak2 la nak kacau org pun..'..tapi boy tu tak balas..dalam sebulan,new year..girl tu minta maaf lagi kat boy tu 'eit,sorry la..aku tak sengaja nak marah kau..emo sikit..biasala,tengah tidur kan..aku minta maaf kat ko..new year ni kan..sorry..'. Boy ni balas camni 'sape ni? tak kenal'..how come boy ni?? kejam tahu tak..die yg salah..tapi taknak mengaku kesalahan..girl ni da berkali2 minta maaf..kenapa ego sgt? Dah sah2 la insiden tu memang boy tu yg salah..takde manner..lepas tu nak emo pulak..da gila ke ape??

Then,kebanyakan lelaki yg Gee kenal ni over-acting lebih..perasan bagus,poyo..padahal tak bagus mana pun..hahaha..contoh la,kalau girl tanya something,terus je nak jawab..bila girl tak faham,bersungguh-sungguh die nak explain..ade yg nak call kawan lg tu suruh explain kat girl tu..tapi explanation org yg lebih pakar tu lain dengan jawapan boy ni tadi..nampak sgt kau tu tak tahu jawapan sebenarnya..tapi poyo lebih..nak tunjuk kat girl yg kau tu tahu semua benda..kan senang cakap kau tak tahu..girl tu takkan kata ape da..ni kau cakap kau tahu..tapi hampeh je sebenarnya..kan da buat girl tu hilang kepercayaan kat kau..kau tak malu ke ha?? Buat malu jela derr..tak payah nak show-off sgt..tahu la kau nak ngurat girl tu..tapi dgn sikap kau,da buat girl tu cop kau ni perasan bagus,profesor-serba-tahu..haa..lagi teruk camtu..

Suka bangga diri antara sikap lelaki yg Gee menyampah..org tahu la kau tu muka market,boleh la jugak apply jadi model ubat gigi..awek pulak cun melecun,seksi gaban..layak la korang tu kalau couple..jadi pasangan model..lepas tu kau pergi share gambar awek kau yg montok,seksi tu kat wall kau,cakap sayang la,rindu la..kau tu da tambah dosa org lain tahu tak..then,buat post tentang muka kau yg market,serupa dgn pelakon Hollywood hingga ada awek lalu langgar tiang..bangga diri pulak kau ni..lepas kau cakap la aset kau yg banyak tu kat fb..kau tak malu ke?? Tu harta mak bapak kau sebenarnya..kau tak sumbang apa2 pun..menghabiskan je ada la..kau drive kereta mahal2,nak tulis kat fb..macam la org lain tak tahu tu kereta bapak kau..

Ada segelintir yg tak pandai nak hormat privacy org..kau ada awek..boleh tahan cun..manis je tengok..pakai tudung..tutup aurat..patutnya kau jaga la die elok2..hormatla girl kau tu..ni tak..kau da tahu die baik,jaga adab,,kau main terjah semacam je..suruh die free hair la..bila die taknak ikut ape yg kau suruh,kau ugut2 die..bagus sgt ke perangai kau tu..berubahla..aku sure girl tu mesti rimas dgn perangai kau yg tak reti nak kawal nafsu n tak pandai nak hormat privacy org lain..tu kan hak die..tolong la jaga..bukan tolong rosakkan..amende laaaa..

Gee ada kenal dgn someone yg terlebih perasan ni..die ni baik..tapi perasan sgt2 la pulak..die kata die engineer..beriya-iya die mengaku die tu kerja engineer..padahal die tu pekerja bawahan biasa je..die ingat setakat SPM je boleh jadi engineer ke?? Nak jadi engineer tu kena sambung belajar la..kalau kau ade degree,boleh la orang percaya kau tu engineer..org tahu kau tu belajar stop sampai SPM je..kau ni tahu ke tak sebenarnya?? haha..ade jugak yg cakap badan die hot..ala-ala Aaron Aziz..ele..perasan sesangat la kau ni..perut kau tu buncit tahu tak..boleh nampak jelas..tekde rupa Aaron Aziz pun badan kau tu..apela..tak payah la nak perasan sgt..cuba besederhana je..

Ada pulak yg tak sedar diri..kau kata girl yg lalu kat sebelah kau tu tak cantik..gemuk,kulit hitam macam metallic colour..tak cun sesangat la tu kau cakap..bukan taste kau la girl camtu..tapi kau tu sedar tak yg kau tu pun gemuk jugak..kulit kau tu gelap jugak,metallic..kau nak ngata perempuan tu camtu..bila awek yg lalu sebelah kau tu senyum kat kau,kau buat muka poyo..macam la awek tu nak ngurat kau..die senyum nak berbahasa jela..taste kau konon nak awek cun je..senyuman kau tu konon utk awek cun je..kau ingat awek cun tu nak sgt ke kat kau..ntah2 awek cun tak perasan kau senyum kat die..nak mangata org tu agak2 la..cermin diri dulu..kalau kau handsome,badan tough,senyum manis,boleh la consider jugak taste kau tu..

Hah,ni lagi 1 perangai lelaki yg Gee memang benci..tak bekerja even badan sihat...eiiiiii..memang geram la lelaki camni..Gee da jumpa ramai married couple yg husband tak kerja..wife pulak yg bekerja bertungkus-lumus cari duit..suami duduk relax kat rumah..bila nak pakai duit,minta wife..amboi..senangnya hidup kau camtu..kalau kau duduk rumah tapi kerja rumah tu beres takpe jugak..hakikatnya,wife jugak yg balik kerja terus masak,kemas rumah,basuh baju,lipat baju,jaga anak,ajar anak study..semua wife yg buat..bagi Gee la,lelaki camni dayus, tak gentleman langsung..macam gigolo pun ade,sebab mintak duit perempuan..tak malu betul..tu kan tanggungjawab kau sebagai suami,bapa,ketua keluarga..wife kau tu bukan kuli..bantu la die sikit..dala penat cari rezeki,kau sibuk nak habiskan..die penat urus hal rumah,kau taknak tolong pulak..eiii..

Gee rasa da banyak sgt yg ditulis rasa tak puas hati kat lelaki..sebenarnya banyak lagi..tapi Gee simpan jela..sebab ni main factor la kenapa Gee tak suka lelaki..no wonder la ada yg kata Gee ni anti lelaki..sebenarnya tak pun..cuma perangai segelintir lelaki tu menjengkelkan..euwww..haha..so,girls out there, berhati2 ye..Gee tak cakap perempuan ni baik..ada je perangai teruk..tapi ni kan pendapat masing2..tak semua lelaki camni..ada je yg bertanggungjawab..cuma da payah nak cari sekarang ni..yg belum berkahwin ni,doa2 la bia kita dpt jodoh yg serasi n menyenangkan hati kita..amiin..

Wassalam...

Thursday 22 March 2012

5 Pemain Bola Sepak Terkaya Dunia

1 : David Beckham  Di tangga pertama ialah David Beckham, pemain yang paling popular di abad ini. Beckham yang pernah bemain untuk Real Madrid dan Manchester United in di anngarkan memperoleh gaji sebanyak 30 juta euro (RM 125 juta) setahun. Beckham juga merupakan dari tahun 2000 hingga 2006. Kini Beckham bermain untuk LA Galaxy.

2: Cristiano Ronaldo 
Bekas pemain Manchester United dan kini bermain untuk Real Madrid ini di tangga 2 ranking pemain bola sepak terkaya di dunia. Dengan gaji di anggarkan 22 juta euro (RM 91.1 juta) setahun pemain ini antara pemain bola sepak muda terkaya di dunia.

3 : Kaka 
Pemain yang di gilai peminat wanita ini kini bermain untuk Real Madrid, pernah memenangi FIFA WORLD PLAYER OF THE YEAR pada tahun 2007 bersama kelab Ac Milan ini di anggarkan memperolehi gaji 17.5 juta Euro (RM 72.47 juta) setahun.

4 : Ronaldinho 
Siapa tidak kenal Ronaldinho, pemain berasal dari Brazil yang penuh dengan skill samba dalam permainannya. Pemain yang pernah memenang FIFA WORLD PLAYER OF THE YEAR sebanyak 2 kali pada tahun 2004 dan 2005 ini di anggarkan memperolehi gaji 17.5 juta Euro (RM 72.47 juta) setahun.

5: Thierry Henry 
Thierry Henry ialah pemain berasal dari perancis dan kini bermain untuk New York Red Bulls di Amerika. Henry pernah bermain untuk kelab terkemuka seperti Arsenal dan Barcelona. Gaji Henry di anggarkan lebih kurang 16 juta euro (RM 66.3 juta) setahun

Thursday 8 March 2012

Family Day 2011

Salam and greetings to all..

Ahah..tengok tajuk je pun da tahu camne excitednya Gee kan?? hehe..yes..kali ni nak story fasal my family day..theme family day kitorang 'Santai-santai Keluarga 2011'..so,santai jela~~ hehe..event ni kitorang buat di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson..yaww..memang best sangat2..rasa cam nak lagi je bersantai lama2..=) Anyway,sorry sebab da lama tak update..


Gee sekeluarga sampai di tempat event da pukul 9..sampai je,da ramai yg tunggu sebab nak angkut barang2..haha..bagus betul sepupu2 I ni tau..rela berkorban angkat barang2 sedara-mara..yg da sampai awal tu confirm penat sgt2 sebab setiap family akan ditolong utk mengangkat barang2..nasib baik tingkat 4 je..dala nak tunggu lif tu sgt seksa...lama..so,guna tangga 100% lebih cepat..kebetulan Gee memang prefer flat shoe (selipar sebenarnya..haha)..so,xde masalah la..tak dpt bayangkan kalau ada yg pakai high heel..mesti sakit kaki die..hehe..Cik Jalal sponsor penginapan..die sewa 2 buah kondo..1 utk lelaki n another 1 for women..


Da sampai tu, me and my family terus solat,mandi,makan..baru je feel nak makan,K.Aishah buat announcement utk berkumpul di rumah lelaki utk melihat video n penyampaian cenderahati..so,semua ke rumah sebelah..tengok video yg direka oleh Khir,my cousin..die buat sorang video tu..tp Gee tolong lukis kartun je utk video tu..mula2 video tu cam kelakar je..semua org gelak2..tp bila masuk part yg arwah nyai (nenek) sakit tu,semua diam..ada yg menangis..same to me..yela,arwah tinggalkan kitorang baru setahun lebih..dala kebanyakan cucu rapat dgn die..byk story pun cerita kat nyai..hmmm..sedih..tp yg wat kelakarnya, Khir ni boleh tanya camni "aku punya video tadi boring ke? korang senyap je..makcik2 pun senyap je" My sis jawab "bukan boring tapi sedih..siap menangis lagi tau! Kau la punya pasal.." Khir jawab "oh yeke? Aku ingat boring..eh,pandai gak aku mengayat kan? haha" Bangga diri la pulak mamat sorang ni..and Gee pun jawab "Perasan..kau tu memang pandai ayat org tapi kalau ayat gf sgt pandai,expert! haha.." Khir buat muka..hehe..



Then,lepas tengok video tu, Gee, Dya (my sis), Khir, Dan, Ana and Dila plan nak snap pictures banyak2..kitorang pun jalan2 la kat luar rumah tu..snap pic kat lobby, kat taman, kat koridor, kat tepi pantai pun ada! Dala malam2 buta yg gelap gelita..hehe..almaklumlah,masing2 gila snap pic..semua tempat kitorang nak pose..heee..masa jalan2 tepi pantai tu,tak sedar yg jam da pukul 12 am..my mom called..die risau kitorang berenam tak balik2 lagi..padahal pantai tu dekat sgt2 dgn apartment..kat belakang apartment je..cuma maybe mak tak tahu..


So,keesokan harinya,after Subuh,semua berkumpul lagi untuk majlis tahlil ringkas untuk family yg da meninggal dunia..then,Gee dipertanggungjawabkan membahagikan kumpulan untuk aktiviti sukaneka..parent pun terlibat untuk memberi sokongan kepada kumpulan mereka..ada hadiah yg disediakan untuk sukaneka dan juara sorak..FYI, aktiviti sukaneka ni just untuk adik2 yang umur die 17 and below ye..macam Gee ni not allow and kena uruskan je benda tu..ahli kumpulan sukaneka diberi masa setangah jam untuk reka cheer yg paling kreatif n diorang kena ajar parent yg akan sokong kumpulan diorang..just ada dua kumpulan, A and B..then diorang tukar nama..kumpulan A=Choki and kumpulan B=Rocher..yummy..nama coklat yg diorang pilih..=)


Seawal jam 7.30 pagi Gee,Kak Sha,Kak Nana, n Hakim da pergi ke pantai untuk sediakan peralatan sukaneka..yohoooo..sejuk gila kot pagi2..hehe..siap semuanya,kitorang naik semula untuk breakfast..lepas tu,baru semua turun untuk aktiviti sukaneka..game yg pertama diberi nama 'Penyu Bertelur'..game ni best sgt!! Ahli kumpulan dikehendaki mencari gula2 yg telah akak2 ni tanam dalam pasir dengan menggunakan chopstick..nak ambil gula2 ni pun dengan chopstick..kalau tak silap Gee ade 163 biji gula2 yg telah kitorang tanam..huuu..banyak tu..hehe..masa yg diberi just 5min..game ni kumpulan Choki yg menang..beza kutipan lebih dari 10 biji..heee


Game kedua pula nama die 'Belon Beracun'..game ni agak menguji kredibiliti ketua dan semangat berpasukan setiap kumpulan..cara main game ni mudah je..ahli kumpulan yg dipilih akan meniup belon manakala ahli kumpulan yg lain akan berusaha memecahkan belon tu secepat mungkin dengan apa cara sekalipun..cubit,pijak,cucuk,gigit,semua boleh..yg penting belon pecah dengan cepat..hehe..n game ni dimenangi oleh kumpulan Choki..


Then,last game adalah game 'Bola Lambung'..game ni memerlukan kain pelekat,4 org ahli kumpulan dan sebiji bola utk dilaksanakan..cara permainan mudah je..empat penjuru kain dipegang oleh 4 org ahli kumpulan..bola akan dilambung dan disambut menggunakan kain pelekat tu..sekiranya bola tak dapat disambut,kumpulan lawan akan mendapat markah..best game ni..macam2 trick diguna utk menjatuhkan pihak lawan..n game ni dimenangi oleh kumpulan Rocher..


Juara keseluruhan dimenangi oleh kumpulan Choki,naib juara kumpulan Rocher..manakala utk juara sorak,kumpulan Choki juga mendominasi kemenangan..hehe..tahniah kumpulan Choki n ketua yg dedikasi,Khir..hehe..
Sorak kumpulan Choki: 'kembang jalak..si kembang jagung..Choki juara..Choki yg unggul..hoi..hoi'
Sorak kumpulan Rocher: 'haiya haiya ya Rocher..haiya juara..Allahuakbar' (cm nak pegi perang daaaa)


Selepas aktiviti sukaneka,ahli keluarga semua dibenarkan membuat aktiviti bebas masing2..bagi Gee yg tak bawa tudung extra ni,just main2 air sikit then jalan2 je sekeliling pantai dgn sepupu, Fahima..kitorang sama2 tak bawa tudung extra..padan muka..haha..then,abg Nusi n abg Faizal ajak join diorang main bola tampar pantai..kat sini boleh sewa bola tampar..ikut jam..gelanggang bola tampar pun disediakan..sangatlah seronok kat sini..wohoooo..sampai lebam2 tangan main bola tampar..hahah!! 


then after makan tengahari n solat zohor,kitorang celebrate birthday si becok Izzudin,ank sepupu Gee..umur die 8tahun..hehe..kek ummi die,Kak Norin da sediakan..secret recipe gambar angry bird! yummy! N setiap org diberi doorgift..junk food..gula2,coklat..but nice..hehe..then,Gee and Fahima bercerita2 tentang macam2 benda..kitorang sebaya kan..baring atas katil,then berstory mory..haha..pastu dua2 penat,teridur..


After solat asar,masing2 plan utk beredar balik rumah..same to me..hehe..cuma ada 3 or 4 family je yg stay..sebab da tak larat nak memandu..penat sgt..lagipun makanan belum habis..so,elok la disimpan n makan utk hari esok..hehe..done!! Tu tentang family day kitorang..sgt2 fun..rasa cam nak lagi je tahun depan..huuu..=)))


enjoy these pic yeah..bye2..wassalam..


Kumpulan Choki..hehe..comel Irfan in swimsuit..=) Most right: Cik Fizah

Kumpulan Rocher..sorry Cik Idah,nampak tangan je..


Game 'Penyu Bertelur'
Video time!!
Door Gift utk married couple..model: Cik Idah
Gee pun dpt jugak..Swatch metal watch..ade hiasan warna merah atas die..
ni malam2 kat pantai..nice..I like this pic the most..
ni die gambar door gift utk 18 thun ke atas..yg merah tu sy punya..=)
Ni door gift utk yg masih bersekolah..sempoi jam diorang..
Volleyball tournament
Me with my cousin..Ana,Dila..
me with my cousin..Dan, Khir
Birthday Cake for Izzuddin
Before terlupa..ni rumah perempuan..Bakawali
Ni rumah lelaki..Angsana
ni gelanggang futsal and tennis..dalam kawasan penginapan..best!
penat da sukaneka,,main air!!
proses mengagihkan habuan kemenangan..this is Khir..