Thursday 8 March 2012

Family Day 2011

Salam and greetings to all..

Ahah..tengok tajuk je pun da tahu camne excitednya Gee kan?? hehe..yes..kali ni nak story fasal my family day..theme family day kitorang 'Santai-santai Keluarga 2011'..so,santai jela~~ hehe..event ni kitorang buat di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson..yaww..memang best sangat2..rasa cam nak lagi je bersantai lama2..=) Anyway,sorry sebab da lama tak update..


Gee sekeluarga sampai di tempat event da pukul 9..sampai je,da ramai yg tunggu sebab nak angkut barang2..haha..bagus betul sepupu2 I ni tau..rela berkorban angkat barang2 sedara-mara..yg da sampai awal tu confirm penat sgt2 sebab setiap family akan ditolong utk mengangkat barang2..nasib baik tingkat 4 je..dala nak tunggu lif tu sgt seksa...lama..so,guna tangga 100% lebih cepat..kebetulan Gee memang prefer flat shoe (selipar sebenarnya..haha)..so,xde masalah la..tak dpt bayangkan kalau ada yg pakai high heel..mesti sakit kaki die..hehe..Cik Jalal sponsor penginapan..die sewa 2 buah kondo..1 utk lelaki n another 1 for women..


Da sampai tu, me and my family terus solat,mandi,makan..baru je feel nak makan,K.Aishah buat announcement utk berkumpul di rumah lelaki utk melihat video n penyampaian cenderahati..so,semua ke rumah sebelah..tengok video yg direka oleh Khir,my cousin..die buat sorang video tu..tp Gee tolong lukis kartun je utk video tu..mula2 video tu cam kelakar je..semua org gelak2..tp bila masuk part yg arwah nyai (nenek) sakit tu,semua diam..ada yg menangis..same to me..yela,arwah tinggalkan kitorang baru setahun lebih..dala kebanyakan cucu rapat dgn die..byk story pun cerita kat nyai..hmmm..sedih..tp yg wat kelakarnya, Khir ni boleh tanya camni "aku punya video tadi boring ke? korang senyap je..makcik2 pun senyap je" My sis jawab "bukan boring tapi sedih..siap menangis lagi tau! Kau la punya pasal.." Khir jawab "oh yeke? Aku ingat boring..eh,pandai gak aku mengayat kan? haha" Bangga diri la pulak mamat sorang ni..and Gee pun jawab "Perasan..kau tu memang pandai ayat org tapi kalau ayat gf sgt pandai,expert! haha.." Khir buat muka..hehe..



Then,lepas tengok video tu, Gee, Dya (my sis), Khir, Dan, Ana and Dila plan nak snap pictures banyak2..kitorang pun jalan2 la kat luar rumah tu..snap pic kat lobby, kat taman, kat koridor, kat tepi pantai pun ada! Dala malam2 buta yg gelap gelita..hehe..almaklumlah,masing2 gila snap pic..semua tempat kitorang nak pose..heee..masa jalan2 tepi pantai tu,tak sedar yg jam da pukul 12 am..my mom called..die risau kitorang berenam tak balik2 lagi..padahal pantai tu dekat sgt2 dgn apartment..kat belakang apartment je..cuma maybe mak tak tahu..


So,keesokan harinya,after Subuh,semua berkumpul lagi untuk majlis tahlil ringkas untuk family yg da meninggal dunia..then,Gee dipertanggungjawabkan membahagikan kumpulan untuk aktiviti sukaneka..parent pun terlibat untuk memberi sokongan kepada kumpulan mereka..ada hadiah yg disediakan untuk sukaneka dan juara sorak..FYI, aktiviti sukaneka ni just untuk adik2 yang umur die 17 and below ye..macam Gee ni not allow and kena uruskan je benda tu..ahli kumpulan sukaneka diberi masa setangah jam untuk reka cheer yg paling kreatif n diorang kena ajar parent yg akan sokong kumpulan diorang..just ada dua kumpulan, A and B..then diorang tukar nama..kumpulan A=Choki and kumpulan B=Rocher..yummy..nama coklat yg diorang pilih..=)


Seawal jam 7.30 pagi Gee,Kak Sha,Kak Nana, n Hakim da pergi ke pantai untuk sediakan peralatan sukaneka..yohoooo..sejuk gila kot pagi2..hehe..siap semuanya,kitorang naik semula untuk breakfast..lepas tu,baru semua turun untuk aktiviti sukaneka..game yg pertama diberi nama 'Penyu Bertelur'..game ni best sgt!! Ahli kumpulan dikehendaki mencari gula2 yg telah akak2 ni tanam dalam pasir dengan menggunakan chopstick..nak ambil gula2 ni pun dengan chopstick..kalau tak silap Gee ade 163 biji gula2 yg telah kitorang tanam..huuu..banyak tu..hehe..masa yg diberi just 5min..game ni kumpulan Choki yg menang..beza kutipan lebih dari 10 biji..heee


Game kedua pula nama die 'Belon Beracun'..game ni agak menguji kredibiliti ketua dan semangat berpasukan setiap kumpulan..cara main game ni mudah je..ahli kumpulan yg dipilih akan meniup belon manakala ahli kumpulan yg lain akan berusaha memecahkan belon tu secepat mungkin dengan apa cara sekalipun..cubit,pijak,cucuk,gigit,semua boleh..yg penting belon pecah dengan cepat..hehe..n game ni dimenangi oleh kumpulan Choki..


Then,last game adalah game 'Bola Lambung'..game ni memerlukan kain pelekat,4 org ahli kumpulan dan sebiji bola utk dilaksanakan..cara permainan mudah je..empat penjuru kain dipegang oleh 4 org ahli kumpulan..bola akan dilambung dan disambut menggunakan kain pelekat tu..sekiranya bola tak dapat disambut,kumpulan lawan akan mendapat markah..best game ni..macam2 trick diguna utk menjatuhkan pihak lawan..n game ni dimenangi oleh kumpulan Rocher..


Juara keseluruhan dimenangi oleh kumpulan Choki,naib juara kumpulan Rocher..manakala utk juara sorak,kumpulan Choki juga mendominasi kemenangan..hehe..tahniah kumpulan Choki n ketua yg dedikasi,Khir..hehe..
Sorak kumpulan Choki: 'kembang jalak..si kembang jagung..Choki juara..Choki yg unggul..hoi..hoi'
Sorak kumpulan Rocher: 'haiya haiya ya Rocher..haiya juara..Allahuakbar' (cm nak pegi perang daaaa)


Selepas aktiviti sukaneka,ahli keluarga semua dibenarkan membuat aktiviti bebas masing2..bagi Gee yg tak bawa tudung extra ni,just main2 air sikit then jalan2 je sekeliling pantai dgn sepupu, Fahima..kitorang sama2 tak bawa tudung extra..padan muka..haha..then,abg Nusi n abg Faizal ajak join diorang main bola tampar pantai..kat sini boleh sewa bola tampar..ikut jam..gelanggang bola tampar pun disediakan..sangatlah seronok kat sini..wohoooo..sampai lebam2 tangan main bola tampar..hahah!! 


then after makan tengahari n solat zohor,kitorang celebrate birthday si becok Izzudin,ank sepupu Gee..umur die 8tahun..hehe..kek ummi die,Kak Norin da sediakan..secret recipe gambar angry bird! yummy! N setiap org diberi doorgift..junk food..gula2,coklat..but nice..hehe..then,Gee and Fahima bercerita2 tentang macam2 benda..kitorang sebaya kan..baring atas katil,then berstory mory..haha..pastu dua2 penat,teridur..


After solat asar,masing2 plan utk beredar balik rumah..same to me..hehe..cuma ada 3 or 4 family je yg stay..sebab da tak larat nak memandu..penat sgt..lagipun makanan belum habis..so,elok la disimpan n makan utk hari esok..hehe..done!! Tu tentang family day kitorang..sgt2 fun..rasa cam nak lagi je tahun depan..huuu..=)))


enjoy these pic yeah..bye2..wassalam..


Kumpulan Choki..hehe..comel Irfan in swimsuit..=) Most right: Cik Fizah

Kumpulan Rocher..sorry Cik Idah,nampak tangan je..


Game 'Penyu Bertelur'
Video time!!
Door Gift utk married couple..model: Cik Idah
Gee pun dpt jugak..Swatch metal watch..ade hiasan warna merah atas die..
ni malam2 kat pantai..nice..I like this pic the most..
ni die gambar door gift utk 18 thun ke atas..yg merah tu sy punya..=)
Ni door gift utk yg masih bersekolah..sempoi jam diorang..
Volleyball tournament
Me with my cousin..Ana,Dila..
me with my cousin..Dan, Khir
Birthday Cake for Izzuddin
Before terlupa..ni rumah perempuan..Bakawali
Ni rumah lelaki..Angsana
ni gelanggang futsal and tennis..dalam kawasan penginapan..best!
penat da sukaneka,,main air!!
proses mengagihkan habuan kemenangan..this is Khir..



No comments:

Post a Comment