Wednesday 28 September 2011

Apa Masalah Diorang Ni?


Salam n greetings to all...

Post kali ni aku nak ceritakan tentang org2 yg agak low manners ni..haih..tak suka aku la...

Da beberapa hari lepas,aku cek semula akaun TAGGED aku...ala,yg lebih kurang cam FACEBOOK tu...tp tagged ni lebih kpd mencari pasangan la..beza sikit dgn fb..

Sedang ralit aku cek bende tu,tiba2 de ramai org hantar mesej kt situ..die ckp nak kawan dgn aku...aku kalau org nak kawan,aku layan je..tp nak lebih,jgn harap la aku nak layan...dela mamat afrika la,pakistan yg tak faham english n malay,malaysian yg tak faham malay,yg memg truly malaysian pun ada gak..berapa ramai da...nak kata aku cute, tak mungkin..tp lau tak cute, nape ramai sgt mesej..hahaha!

Ada sorang boy ni tak patut betul!! Ade kr patut hantar gambar tak senonoh kat aku?! Ish!! Memang sengal..dpt je gambar tu,,aku terus je delete..tak kuasa aku nk tengok..buat habis ilmu aku je! Bang! Beng! Bong! Tu satu hal..yg lain tu,,hantar mesej lucah kat aku..bengong gila! Terus aku delete la kan mesej camtu..sengal gila! njvfvjnvgrycksljbnyu!!! Hah..geram sgt!!

Tiba2 de sorang mamat umur 35 tahun mesej aku..mula2 gaya cam nak kawan je..so,aku layan jela..aku pun tengok la profile die..tengok gak kat status die..ok married..so,mungkin die nak kwn je dgn aku..ok,boleh layan ni...ok,continue mesej..da lama2 mesej tiba2 die ni mintak no phone pulak..aku tak bagi..die cakap die nak kenal aku lebih dari kwn,die ikhlas dgn aku..aku tanya die 'bukan awak da kahwin ke?' die jawab 'memang la da tp salah ke sy nak kenal org lain gk?' aku jwb 'oh. tak salah' tp dlm hati aku ckp memang salah pun! haha.

 Then, aku cakap aku taknak rosakkan hubungan dgn isteri die..die ckp 'pls,bagi sy no awk. sy akan call awk masa wife sy tidur,masa sy keje n masa sy outstation. boleh ye?' amboi..mamat ni cam da expert sgt da ni..sian kot kat wife die..cuba bayangkan lau husband kita wat kita camtu..sedih,kn? Aku pun jawab 'takpe la awk,kesian wife awk. sy taknak family awk hancur.' Die cakap 'Knp pula? Wife sy tak tahu pun' Haih..byk cekadak plak mamat ni..then,dpt idea nk kelentong..'sy da de bf la. sorry ye. awk cari la org lain' Die pun jawab 'oh,da de bf rupenya..takpela..maaf ganggu awk' Aku pun ape lg..YES!!! Berjaya pun..haha..

Lepas tu ada lg..tp aku x kisah la sbb mamat yg lain2 tu single..die memg cari pasangan..n alasan aku sama je..'sy da de bf'..baru die surrender..tak kisahla tu..yg aku nk highlight kat sini yg da kahwin tu..wife da de..tp knp still cari lg? Siap nak berhubung curi2 tu..die ni lau nak pasang lagi 1 pun,,jgn la pilih aku...adui...taknak aku jadi skandal org yg da kahwin ni..lau bini die tahu,then serang aku camne..dala aku ni only 19...hah!! Memang gile...huhu...

Pelik betul..sampai laki org pun nak kenal..aku da naik rimas da ni..haih,,cepatla aku sambung blajar..blh gk aku cari bf yg baik2..x sanggup da bg alasan jawapan tipu je kat org..tp,,berdosa ke bg jawapan tipu utk selamatkan diri?? ntah..aku pun tak tahu..huhu...ok,sampai sini je yg mampu aku kongsikan..sbg pengajaran,,jgn sewenang-wenang bg no phone kt org lain..tanya dulu betul2 baru la fikir boleh or tak bg no phone kt org tu..lau org tanya tempat tinggal pun sama..jgn bg detail2 sgt..sekarang teknologi da maju..mcm2 diorang boleh buat..kena hati2 selalu n kena pandai jaga diri...take care,u all!

Wassalam...=)

Monday 26 September 2011

Kelas betul mak aku!!

Salam n greetings to all...

Hari ni nak cerita sikit. Bukan kelakar sgt, tp ade relate dgn love story..bukan aku punya je,tp org lain gak..hehe

Tadi pagi,,masa tengah tolong mak aku masak,mak aku story sikit pasal perangai bf sepupu aku yg pd aku memang tak patut! ntahapaapantah!


Camni,last week,sepupu aku n family die pi KL,rumah sedara2..mak aku cakap,sepupu aku jumpa bf die kat rumah makcik kitorang. Aku tak tahu pun hal tu sebab sepupu aku takde cerita kat aku pun. Aku namakan lelaki tu M n sepupu aku E. Lepas tu mak aku cakap camni "Tak patut betul M tu..ada ke patut jumpa E kat rumah cik *** tak tegur Mak ****." Aku pelik. Aku tanya la,,"betul ke mak, M tak tegur Mak ****?" Mak aku pun jawab "yela. Apa lah budak tu," mak merungut. Aku cakap "pelik2 je la. Nak kahwin dgn anaknya,tp tak pikat hati maknya. E tak marah ke M buat camtu?" Mak aku kata "E da tanya, tapi M cuma cakap tak perasan. Tak munasabah!" Huh!!! Memang tak logik langsung kalau makan 1 meja tapi tak perasan. Tipu!! Aku cakap "Pelik je M tu." Mak aku balas "Apa nak pelik? Da ramai camtu. nak cari jodoh sekarang ni bukan senang...bla..bla..bla.." mak aku da start tak puas hati dengan bf sepupu aku tu. Haha.


Korang yg baca ni, korang rasa patut ke boy tu buat camtu kat makcik aku? Tak patut,kan? Tu belum jadi tunang da tunjuk belang. Lepas kahwin nanti camne la agaknya. Aku tak suka la perangai bf sepupu aku tu. Kalau boleh, nak suruh diorang clash je..wahaha! Tapi, sepupu aku tu da suka. Mak die pun tak boleh buat ape da..korang jgn buat camtu tau..ada karang kena kutuk dgn family si dia..hikhik...

Lepas cerita pasal bf sepupu aku tu, aku cerita kat mak aku yg ada sorang boy nak kenal aku. Aku cakap la camni, "Tula,susah la nak pilih boy sekarang. Kawan Z tu sibuk nak kenal Jiha." Aku belum lg habis ayat tu, mak aku terus je sambung "Keje pe? Lau tak keje, tak payah." Huih! Kelas betul mak aku ni...hahaha! Belum habis ayat betul2 lg da tanya..siap dgn jawapan lg tu...hehe. Aku cakap la "Ala,Jiha cakap dgn die nak kawan je. Lebih belum lg. Dia cam Jiha gak,tengah tunggu tawaran belajar. Bezanya yg dulu Jiha da dpt tawaran da. Dia tak dpt." Mak aku cakap "Dia mohon ape? Teruk sgt ke result sampai tak dpt U?" Aku cakap "Dia lepas STPM,umur 20. Dia mohon guru bidang sukan n ntah ape lg ntah. Tak tahu la berapa result die. Tak pernah tanya pun." Mak aku balas "Tanya la." Aku cakap "Malas. Kalau tak suka buat apa tanya." Hehe..aku pun gelak je...


Kelas kan, mak aku? Memang nak sgt ambik tahu semua tentang sapa2 yg nak kenal aku. Sebab tu aku malas nak cerita benda2 camni dgn mak. Habis die korek semua peribadi org tu. Padahal aku pun bukan minat sgt nak tanya hal org tu. Yela,kawan je kan. Nak tanya lebih2 buat apa. Nanti die ingat aku pun syok kat die...haih!

Ok, tu je yg nak disampaikan..Ingat, kalau nak jumpa bakal mertua tu,jgn buat perangai. Kalau family die sporting takpe. Kalau tak, sia2 je berkawan tp kena reject. Kan diri sendiri yg menyesal. Lagi satu, kalau ada org nak kenal n berhubung serius dgn kita,tanya pendapat mak n org lain gak. Jgn ikut hati sendiri je. Kalau main terima je, nanti diri sendiri yg susah nak pilih. Family first,ok?? Wish u luck in your life...
Wassalam.......

Thursday 22 September 2011

Facts To Share 3

  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha

Wednesday 21 September 2011

Tak Sangka Betul!

Hi! Salam semua...

Sebelum terlambat, Salam Aidilfitri utk semua!

Ni nak cerita sikit..masa aku berziarah rumah atok2 sedara ni, adalah pakcik2 yg tlg layan family aku...aku diam je..maklumlah, nama pun atok sedara..manala rapat...then,tengah dok sibuk2 berborak, ada sorg pakcik ni duk stare aku semacam je...dlm ati da b'kata 'apahal pakcik ni? lain macam je..aq pkai baju pelik ke?' masa tu mata da tgok kt baju, tudung sendiri...=)



Pastu die cakap (sambil tangan mengahala ke arah aku) "ni yg blajar kt Matrik Melaka dgn anak sedara aku ye?" aku pun angguk la coz aku kenal biasa2 je dgn anak sedara die...ok,senyum je...pastu die sambung lg "kau ni yg nama Najiha Othman ye?" aku tekejut, bekerut la kening..'camne die blh kenal aku plak ni?' pelik+hairan da ni...pakcik ni senyum then sambung lg "selalu nampak ko kt FB..tula ko, mesti tak kenal aku" 'Hah! ambik ko sebijik...' haha..baru aku teringat die ade tegur aku kt FB tp aku buat tak tahu je sbb gambar die pelik! Gambar die pakai baju petani...aku ingat petani mana la yg tegur aku kt FB tu..huhu



Esoknya, beraya lg...rumah adik arwah nenek aku...yg ni rapat juga la...tengah sibuk2 borak, sorang pakcik ni tanya aku "Jiha kat Melaka ye, sekarang? Kolej ape aritu?". Aku tanpa syak wasangka terus je jawab "Oh...da habis da..setahun je kt Kolej Matrikulasi Melaka tu". Dia cakap lg, "Oh..tula, aritu nampak kat FB, study at Kolej Matrikulasi Melaka." Hah! lg sorang...rupanya ramai gak yg duk stalk aku kat FB...haha...last2 aku gak yg malu...

Lepas tu, pi kenduri kahwin rmh kawan perempuan,cukup la kalau aku tulis nama die Z...akak die kahwin...tanya la kat mak die, "Cik, Z mana?". Makcik tu senyum then jawab,"Z ada kt dalam rmh." Aku pun confident je masuk rmh die...pandang kiri,kanan..takde pun,sedara2 die je ade...pastu nak masuk dapur rmh die,nampak adik die keluar dr dapur, terus je tanya,"Z mana?" Adik die terus jerit drpd tingkap rmh, panggil kwn aku tu...bila kwn aku masuk, kitorang peluk, borak2...pastu adik aku menyampuk, "jom ambil gambar!" Aku setuju je bab2 ambil gambar ni..=)

Duduk kat pelamin, ambik gambar cam2 gaya dgn kwn...lepas tu, tiba2 sepupu kwn tu nak gak bergambar dgn kitorang...mak aih,duduk bkn main rpt dgn aku..die tu boy...lengan aku ni bersentuh dgn die...tp lantak r...kepala aku pon jap hala kt kwn,jap hala kt die...balik je rmh, kwn sms..."Jiha,sepupu kt nak no phone Jiha..die nak kenal..boleh ke?" aq xsuka nak bg no phone kt org ni...no phone ni privacy bg aku..."Z, suh die add kt FB jela..nanti pe2 kt FB je". Kwn pon balas "ok". Malam tu ada friend request,sepupu kwn tu add...aq pon approve...then trus je die hantar chat nak no phone..mula2 aku x bagi..last2 malas nak lyn die bagi alasan,aku bagi jela...da b'sms beberapa ari,die kata die suka kt aku...adoi...tp aku taknak couple n die hormat keputusan tu...bagus la...so, kitorang kwn je until now...sape sangka pi kenduri je pon dpt kwn baru? huhu...




Memang tak sangka..pakcik yg sebaya mak aku tengok fb aku, pakcik yg muda sikit pun tengok fb aku...ada yg cikgu bangsa Cina dtg rmh aku siap ckp die suka tengok gambar aku kt matrik...haih...siap tengok gambar lagi??? pastu dtg rmh kwn dpt kwn baru...sungguh tak sangka raya ni...haha...rasa cam diri diperhati la plak..bahaya...bahaya...lepas ni ape2 kena tulis kt blog la..bkn kt FB...nanti ade yg stalk!!

ok,bye! Assalam..=)