Sunday 31 July 2011

Alkisah Ramadhan..=)

Ok, post ni nak cerita something yg memang menarik utk dikongsi kt sume...=)
Masa aku tengah baca-baca majalah yg berunsur komik ni,aku terjumpa 1 artikel..n artikel ni memang aku tak sangka boleh ada kat dlm majalah komik..artikel ni berkaitan dgn bulan Ramadhan, sgt islamik n sgt menarik utk dibaca..tajuk artikel ni "Fadhilat Tarawih". Mesti ramai org yg tak tahu,kan...so,kat sini I want to share to all of u...=)

FADHILAT TARAWIH
Malam Pertama
-Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan.
Malam Kedua
-Dosanya n kedua ibu bapanya (jika keduanya org mukmin) diampuni.
Malam Ketiga
-Dipanggil oleh malaikat dr bawah arasy dgn seruan 'mulailah kamu beramal sbb Allah tlh mengampuni dosamu yg lalu.
Malam Keempat
-Pahalanya sama seperti membaca kitab Taurat, Zabur, Injil n Al-Quran.
Malam Kelima
-Pahala seperti org solat di Masjid al Haram (Mekah), Masjid Nabawi (Madinah) n Masjid al Aqsa (Palestin).
Malam Keenam
-Pahala seperti bertawaf di Baitullah, batu-batu n pasir-pasir turut memohon ampun utknya.
Malam Ketujuh
-Seperti org yg hidup zaman Nabi Musa n membantunya hingga dpt mengalahkan Firaun n Haman.
Malam Kelapan
-Allah memberikannya segala apa yg tlh diberikan kpd Nabi Ibrahim.
Malam Kesembilan
-Seperti pahala beribadat kpd Allah yg dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Malam Kesepuluh
-Dikurniakan kebaikan dunia n akhirat.
Malam Kesebelas
-Bersih dr segala dosa seperti baru dilahirkan.
Malam Kedua Belas
-Muka bercahaya di hari Kiamat.
Malam Ketiga Belas
-Dtg di hari Kiamat dgn keadaan aman drpd kejahatan.
Malam Keempat Belas
-Solatnya disaksikan oleh malaikat n akan dibebaskan oleh Allah dr segala mudarat pd hari Kiamat.
Malam Kelima Belas
-Diminta ampun oleh malaikat yg memikul arasy n kerusi.
Malam Keenam Belas
-Dibebaskan dr api neraka n dpt masuk syurga.
Malam Ketujuh Belas
-Pahala seperti para nabi.
Malam Kelapan Belas
-Malaikat menyeru bahawa Allah tlh redha kpdmu n org tuamu.
Malam Kesembilan Belas
-Diangkat darjatnya ke dlm syurga firdaus.
Malam Kedua Puluh
-Pahala para syuhada n solihin.
Malam Kedua Puluh Satu
-Dibina rumahnya dr nur di dlm syurga.
Malam Kedua Puluh Dua
-Akan aman dr segala kesusahan n dugaan di hari Kiamat.
Malam Kedua Puluh Tiga
-Dibangunkan sebuah kota utknya di syurga.
Malam Kedua Puluh Empat
-Pahala spt 24 permohonan dikabulkan.
Malam Kedua Puluh Lima
-Dihapuskan dr seksa kubur.
Malam Kedua Puluh Enam
-Pahala diangkat selama empat puluh tahun.
Malam Kedua Puluh Tujuh
-Dpt lintas sirat dgn laju bagai kilat menyambar.
Malam Kedua Puluh Lapan
-Allah mengangkat dgn 1000 darjat.
Malam Kedua Puluh Sembilan
-Seperti pahala 1000 haji yg mabrur.
Malam Ketiga Puluh
-Allah mempersilakannya makan buah-buahan syurga n mandi dgn air salsabil serta minum dr telaga Kausar.

Betapa bertuahnya kalau kita dpt solat tarawih penuh pd bln Ramadhan ni...byk ganjaran yg blh kita dpt...so,rajin-rajinla beramal kat bulan ni...=)
Renung-renungkan n selamat beramal...heheh....

No comments:

Post a Comment